Sunday, August 1, 2010

Introduction





Hai, saya Lizzie Daniell, umur 15 tahun, tinggal di New York, berambut blonde, bermata biru, berkaki panjang, dan tinggal dalam hidup yang sangat sempurna. Punya ibu bapa yang sangat sporting, adik perempuan yang anggap saya sebagai role model yang sangat baik untuk dia, abang yang sekepala dan sangat cool. Kawan-kawan saya pula sangat sama dengan saya dan minat semua benda yang sama, but we are still different. Bestfriend saya sangat baik dan memahami saya, dia memang petah bercakap dan kami kongsi semuanya bersama. Tak pernah ada rahsia antara kami. Di sekolah pula saya sangat popular, geng kami memang sangat popular dan cool. Boyfriend saya pula selalu berada di samping saya, dia sangat cute dan popular dan hebat bersukan dan perfect! Hidup saya sangat indah..bahagia dan sempurna!

I wish!

Realitinya ialah my life is sucks!

Nama Eliza binti Daniel, umur 15 tahun. Tinggal di Johor Bharu. Berambut hitam, bermata hitam, berkaki yang panjangnya biasa sahaja…dan tinggal dalam hidup yang membosankan! Parents saya biasa- biasa aja, taklah sporting sangat. Dan adik lelaki yang sangat annoying, abang yang sangat pendiam dan tak popular langsung. Hidup mereka cuma dengan video game. Dan video game. Dan video game. Kawan-kawan pula semuanya berbeza. Maksud saya, saya je yang berbeza dengan mereka semua. Bestfriend saya? Ugh, sangat diam dan langsung tak memahami saya. Dan saya tahu banyak rahsia antara kami, well, at least dia yang banyak simpan rahsia daripada saya. Dan, saya tak ada boyfriend lagi. Belum jumpa lelaki yang saya suka. Dan yang akan betul-betul memahami saya. Saya adalah orang yang paling malang sekali dalam dunia ni!

Kadang-kadang saya rasa macam tak patut saya dilahirkan di sini. Ugh, kenapa semua orang putih di sana, di USA dan UK tu dilahirkan di sana? Kenapa saya stuck di sini? Sangat tak adil. Kenapa mesti saya? Dalam ramai orang di dalam dunia ni, kenapa mesti saya dipilih untuk tinggal di sini dengan hati dan jiwa betul-betul di USA. Kenapa bukan Lindsay Lohan yang stuck di sini? Atau pun Hilary Duff, Amanda Bynes dan lain-lain.
 
Tapi bila difikirkan semula, Hilary Duff tak perlu stuck di sini, saya suka dia. Saya nak Lindsay Lohan atau Paris Hilton stuck di sini. Hahaha. Tengok lah macam mana mereka terpaksa survive kat sini, yang cuma ada satu outlet Louis Vuitton di Kuala Lumpur, itu pun hanya akan dibuka awal tahun depan. Survive dengan cuaca panas dan hujan sepanjang tahun, tak ada salji pada hari Christmas dan buah labu merata-rata semasa  Hari Halloween. Belum kira lagi cara berpakaian di sini, no bikini on the beach, dan kalau mereka bekerja di sini- baju kurung pada hari Jumaat. Cubalah mereka hidup di sini, dan mereka akan tahu betapa terseksanya saya.

Ok, so my point is kenapa saya?!

Saya tak kisah dengan cara hidup di sini (or maybe ada lah sikit),cuma saya nak lebih kepada cara hidup barat. I mean, come on! Saya dah 15 tahun, dan sekarang ni dah tahun 2006! Okay whatever, saya tak boleh ubah tu semua, saya cuma nak tinggal di sana atau pun dapat tinggal dengan orang sekeliling yang macam tu.

Ugh, hidup saya memang tak menarik langsung. Tak ada siapa yang mahu tahu dan berminat pun nak tau pasal hidup saya ni. Macam jumpa Hilary Duff dan cakap saya berumur 15 tahun dan saya tak pernah ada seorang boyfriend pon, dan dia akan automatic pergi dari situ sebab terlalu malu hang out dengan orang macam saya ni. Atau lagi teruk, bunuh diri serta merta.

Dan semua orang akan sedih dan salahkan saya sebab dah buat seorang pelakon dan penyanyi yang sangat berbakat dalam dunia ni mati. Dan Lindsay Lohan akan terus datang kepada saya dan mintak untuk jadi bestfriend dia sebab dah musnahkan musuh dan pesaing dia. Tak nak! Eew.

Mungkin esok saya perlu cari seorang boyfriend atau Lindsay akan cari saya dan kami akan hang out bersama! Ok, saya dah tahu, saya kena cari boyfriend esok!




***



‘Liz, dah bangun ke belum?’

‘Lindsay?’

‘Liz, bangun cepat. Dah lewat nak ke sekolah.’

‘ I don’t want to go to school with you, Lindsay. I want to go with Hilary.’

‘Eliza, bangun sekarang. Enough with your Lindsay Lohan nightmare!’

Saya celik mata dengan suara yang agak lantang tu.

‘Mama?’ saya cakap ngan suara yang agak serak.

‘Yes, I’m your Mama. And Lindsay don’t speak Malay,’ Mama cakap dan masuk bilik saya dan selak selimut saya.

Ugh Mama memang suka buat lawak sinis macam tu.

Saya keluar dari selimut dan Mama kemaskan tempat tidur saya. Saya cuma diam dan masuk ke bilik air. Saya dengar Mama ketawa kecil.

Mimpi yang sama lagi – saya berkawan dengan Lindsay Lohan sebab Hilary Duff dah mati. Dan saya langsung tak sukakan Lindsay! Dia teruk dan kejam. Dia very bossy.

Saya siap mandi dan keluar dari bilik air dengan memakai robe mandi lembut hadiah dari Haniff pada hari saya dapat 8A dalam PMR tahun lepas. Dia memang pandai pilih. Saya sukakan bathrobe ni, saya tak pernah tukar pada bathrobe lain - sebab saya ade lima helai lagi bathrobe yang sama. saya mintak Mama pula belikan selepas tu.

Haniff ialah abang saya yang sangat pendiam, semasa saya paksa dia beli bathrobe ni sebagai hadiah saya, dia cuma diam dan bayarkan aje. Hm kadang-kadang ada jugak kelebihannya, kan?

Hehe saya tak kisah sangat dengan Haniff sebab dia tak pernah mengejek saya ataupun pedulik pun pasal diri saya, dan ikut semua cakap saya. It’s good to have him, actually.

‘Hurry up, “princess”!’ jerit satu suara dari luar bilik saya.

‘Go away!’ saya jerit semula.

Ugh. Itu Haikal. Adik saya yang sangat annoying, kerja dia sehari-hari adalah kacau saya. Saya tak tahu apa masalah dia. Cuma nak ambil tahu pasal hidup saya dan mengejek-ejek saya.

Malas nak pedulikan dia, saya segera ke alamari pakaian saya yang baru diubahsuai sebelum PMR tahun lepas. Mama buatkan saya satu bilik untuk semua pakaian saya. Yang sebenarnya diubahsuai daripada bilik letak semua peralatan cleaner untuk di tingkat dua rumah kami. Saya susah payah pujuk Mama dan Papa, dan akhirnya saya dapat jugak bilik ni. Walaupun agak geli bila memikirkan apa yang dah pernah tinggal dalam bilik ni, mungkin labah-labah dan penyapu dan vacuum. Yuck.

Tapi lepas diubahsua jadi almari yang sngat besar, saya boleh letak semua kasut dan pakaian dan topi dan beg yang saya ada. Saya boleh jimat ruang sikit untuk bilik tidur saya dengan keluarkan dua almari pakaian saya dulu.

Saya ambil pakaian yang saya dah pilih malam semalam untuk ke sekolah. Saya memang akan pilih pakaian untuk ke sekolah pada hari esoknya sebelum masuk tidur kerana saya akan kelam kabut di waktu pagi kalau bangun lewat. Bila bangun lewat saya akan tak sempat sarapan dengan Mama dan Papa, dan dengan Haniff dan Haikal. Sebab mereka semua pergi kerja dan sekolah lebih awal daripada saya. Dan Papa tak suka kalau kami tak makan bersama-sama - walaupun waktu persekolahan saya lebih lewat daripada mereka yang lain, saya tetap kena bersiap awal seperti mereka semua.

Yeah, the thing is saya bersekolah di private school.

Siap berpakaian, saya lihat imej saya di cermin besar di dinding bilik saya, dan puas hati – saya pakai skinny jeans biru seasoned, t-shirt lengan pendek berwarna putih dan vest warna hitam di luar. Vest itu saya biarkan tak berkancing supaya nampak perkataan ‘Rockchick’ di t-shirt pada bahagian dada saya. Ashley Tisdale pakai macam ni pada Teen Choice Awards yang lepas. Sangat simple dan ber-style.

Saya senyum puas hati, dan pergi ke meja mekap saya dan sisir rambut hitam lurus saya yang panjang hingga ke belakang saya. Pakai skaf rambut untuk biarkan rambut di dahi saya ke belakang dan pakai  compact powder dengan nipis sahaja di muka saya. Pakai celak sedikit dan letak sedikit blusher di kedua-dua pipi saya. Saya tak suka mekap terlalu banyak sebab ia akan buat muka saya nampak lebih tua dari umur saya, macam Lindsay Lohan. Huh.

Saya buang skaf rambut dengan hati-hati dan ambil leather bag Topshop yang berwarna coklat dan ambil kasut but yang match warna nya dengan beg saya tu. Sebelum keluar dari bilik, saya pakai perfume Hilary Duff; With Love dan keluar dari bilik saya dan tutup pintu bilik saya dengan perlahan.

Saya tak mahu bertembung dengan Haikal, at least tak seawal ni. Saya tak mahu dia rosakkan pagi saya dengan kutukan dia pada cara dress up saya. Dia tu tak tahu apa-apa pun pasal fesyen dan mahu kutuk saya pula. Saya tahu dia memang tahu cara pemakaian saya memang cantik dan elok, dia cuma mahu buat saya rasa sakit hati. Well, setakat ni, dia tak dapat runtuhkan confident saya. Saya ada banyak confident dan dia tak ada langsung, sebab tu dia mahu buat saya jadi seperti dia.

‘For a sec, I thought you were Lindsay Lohan,’

Haikal.

Saya tak hiraukan dia di belakang saya, saya terus berjalan turun ke tingkat bawah melalui tangga rumah kami yang lebar dan luas tu. Ia berada di tengah-tengah rumah kami.

‘But sadly, you’re just Eliza, my freaky sister-‘

‘STFU’ saya bahas dulu sebelum dia cakap apa-apa lagi. Tangan saya cengkam kasut but di tangan saya dengan kuat. Saya cakap dengan perlahan sahaja, tanpa toleh ke belakang untuk pandang Haikal pun, dan saya juga tak mahu Mama dengar –

‘Mama, Liz cakap the F word again!’ Haikal menjerit di belakang telinga saya. Mama muncul di tingkat bawah, di hujung tangga dengan tali leher Papa di dalam genggaman tangan dia.

‘Liz, what did I say about the F word?’ Mama marah, dahinya berkerut.

‘Liz tak sebut pun Mama. Haikal tipu!’ saya bela diri saya. Haikal sudah berlari ke bawah sebelum saya sempat cakap apa-apa lagi

‘Unless you’re 20 years old and know what does the word exactly means, then you can say it.’ Mama membebel lagi. Pandangan saya mula kabur, mata saya penuh dengan air mata. Haikal memang suka buat saya rasa macam ni, dan buat Mama membebel pada saya.

Dan saya tau exactly ape maksud F word tu.

‘I didn’t say the word, well not exactly. I just said F.’ saya cakap dengan suara yang serak. Mama tunggu saya di bawah. Saya cuba nak “telan” semula air mata yang bertakung ni masuk semula ke dalam mata saya.

‘Tak payahlah macam tu, Liz,” Mama cakap dengan lembut, “your brother cuma nak bergurau aje tu,’ Mama cakap lagi. Saya dah berada di depan Mama.

‘Liz tak nak pun dia bergurau dengan Liz,’

‘Mengalah lah lain kali, ok? Liz lagi pandai dan matang, kan?’ Mama cakap dan senyum kasihan pada saya. Saya lap air mata dan Mama usap  kepala saya.

‘You look nice today, what style is this?’ Mama tanya dan tarik tangan saya untuk ke diner room.

‘I don’t know’ saya cakap. Mama diam lepas tu, dia tahu saya tak mahu bercakap lagi. Mood saya betul-betul dah hilang. Saya tak nak pergi ke sekolah hari ni!

‘Haikal cuma nak tarik perhatian kita semua aje, ok? Dah dah, jom makan,’ Mama cakap dan tepuk bahu saya. Dia terus ke diner room, saya berjalan perlahan jauh di belakang Mama.

Saya tahu pasal Haikal nakkan perhatian, sebab Mama dan Papa memang lebihkan saya daripada dia. Tapi bukan salah saya kalau saya lebih baik dan tak nakal daripada dia. Saya satu-satunya anak perempuan dalam keluarga ni, biasalah tu. walaupun Haikal anak bongsu, but still. Dan Mama tak mahu terus pujuk saya di sini sebab tak mahu jadi tak adil pada Haikal sebab saya dah buat salah. Mama dan Papa selalu begitu, dan saya tak kisah.

Walaupun umur Mama baru 38 tahun, tapi Mama cukup matang seperti Papa. Papa lebih tua, mereka bekerja bersama dulu, Mama setiausaha Papa dan akhirnya mereka berkahwin. Papa lapan tahun lebih tua daripada Mama. Papa ialah Dato’ Daniel Hanafi. Papa bekerja di bawah bidang pelancongan Malaysia. Papa uruskan tempat-tempat pelancongan di sini. Dan Papa sangat patriotik pada negara ni. Dan sebab itulah saya tak pernah pergi bercuti di luar Negara, lebih-lebih lagi di barat.

Saya lap air mata yang cuba nak keluar lagi dan terus ke tempat makan. Pancake saya sudah tersedia, ada dua keping semuanya. Khas untuk saya. Saya duduk di tempat duduk saya di sebelah Papa yang duduk di hujung meja, di hadapan saya Mama dan di sebelah Mama adalah budak paling teruk di dunia, dan di hujung sebelah lagi adalah Haniff.

Sarapan hari ini adalah nasi lemak, tapi untuk mereka sahaja.  Sarapan saya adalah pancake. Semua di rumah tau saya tak makan sangat makanan Melayu. Saya bukan berlagak, cuma kalau saya makan nasi di waktu pagi saya akan sakit perut, atau lagi teruk, mengantuk dalam kelas. Saya kena jaga prestasi belajar kalau nak Papa terus bagi duit elaun shopping.

Saya cuba untuk tak hiraukan langsung Haikal, tapi dia makan dengan gelojoh sekali hingga keluarkan bunyi yang kuat. Saya harap dia akan tercekik dan masuk hospital. Buahaha.

Akhirnya kami semua habis makan. Termasuk Haikal. Dan dia selamat  makan tanpa tercekik.

Papa naik kereta bersama dengan Haikal dan Haniff memandangkan sekolah mereka satu perjalanan dengan pejabat Papa. Saya dan Mama duduk di taman pokok bonzai Mama di halaman rumah. Saya dan Mama memang akan duduk-duduk di sini sementara menunggu waktu untuk saya ke sekolah tiba.

‘Liz nak beli diamond untuk tampal di laptop lah petang ni Mama,’

‘Ok baby. Ade duit lagi tak?’

‘Yeah,’

‘About the custom made pajamas that you wanted, I think we can make an appointment with Auntie Shahira  this weekend for the design,’

‘What? Really? Thanks, Mama!’

Saya peluk Mama dengan teruja sekali. Akhirnye Mama setuju juga. Saya tahu Mama setuju sebab nak pujuk saya lepas kejadian pagi tadi saja, tapi tak kisah lah. Hati saya dah pun lega, dan saya akan dapat pajamas yang ada nama saya!

Kalau macam ni, kena marah hari-hari pun saya nak. Lepas tu saya akan merajuk dan Mama akan bagi hadiah!

‘The car is ready,’ Mama lepaskan pelukan kami. Saya cium pipi Mama, Mama juga sama.

Perjalanan ke sekolah sangat seronok. Saya sudah lama design pajamas tu, sy lukis dlm buku note saya ni. Dan hasilnya sangat cantik! Mama akan bangga nanti bile tengok design saya ni. Dan mungkin Auntie Shahira akan hire saya untuk jadi designer dia. Masa tu semua orang takkan gelakkan saya lagi, lebih-lebih lagi Haikal. Dia akan datang pada saya suatu hari nanti untuk mintak saya design pajama untuk anak perempuan dia, tapi saya takkan buat buahaha.. walaupun dia melutut di depan saya. Huh. No way Haikal.

‘Bye Uncle Karim!,’ dengan riang saya kelua dari kereta dan tutup pintu tanpa tunggu balasan dari Uncle Karim.


Uncle Karim beredar dan saya still berdiri di depan sekolah saya. Pemandangan yang cantik sekali.

Gosh I love this school.

Smith High School. Sangat British dan moden.

Saya senyum dan tarik nafas dalam-dalam, even udara kat sini pun sangat segar. Everything about this school is just fantastic.

Semua orang berjalan masuk ke dalam kawasan sekolah, macam-macam warna dan gaya ada. Tak ada satu pun uniform. Which is sangat melegakan mata saya. Ugh, saya alergik pada uniform, pada semua jenis uniform. Saya tak tahu kenapa ramai perempuan suka tengok lelaki dalam uniform.  Sangat pelik.

Saya berjalan masuk ke kawasan sekolah, banyak pokok besar dan rendang di halaman masuk sekolah ni. Sangat teduh dan menghijau. 

‘Hi Liz!’

‘Hi Lina,’ saya lambai pada Lina yang sedang duduk di bench bersame bf dia. Bf dia angkat kening pada saya. Mereka dari form 5 Sains. Saya kenal dia dalam English Language Club.

‘Hey Liz.’ Korie dari jauh jerit pada saya.

‘Hey!’ saya angkat tangan dan sengih seperti mana Korie sengih pada saya. Korie ex-classmate saya semasa form 1 until form 3. Dia penah confess yang dia sukakan saya.  Tapi dia bukan taste saya.

‘Hai Eliza,’

‘Hai Liz.’

‘Hey Liza,’

Saya jawab semua sapaan mereka, kebanyakan dari mereka saya tak kenal pun. Tapi saya dah biasa begini, setiap pagi akan ada orang yang berbeza-beza yang sapa saya.

Sampai di blok form 4, saya naik tangga dan –

‘Hey Lizzie,’

At last! Nama yang saya tunggu-tunggu untuk orang panggil saya. Hati saya berbunga.

Dia berdiri di depan saya sekarang dan sedang tersengih. Rambut bed-head nya ala Zac Efron tu semakin panjang di dahinya.  Mukanya yang bulat dan kulit nya yang cerah terserlah dengan bajunya yang semuanya berwarna hitam. Sweater nipis hitam dan t-shirt  berwarna kelabu di dalamnya tertulis, Made. Seluar jeans hitam lusuhnya dan juga kasut besar berwarne hitam tu membuatkan dia kelihatan sangat emo. Backpack di belakangnya cuma dipakai satu tali sahaja di bahunya.

‘Hey,’ saya tersenyum, ‘ Eddie.’

I think I’ve found the right boy to be my boyfriend.


to be continued... ;P

20 comments:

  1. seriously,its ur style c.su... bace skali pon da tau yg ni karya c.su.....just a little bit typing error....btw,sooo goood!!!...can't wait 4 the next episode!!...wt la cpt2!!..=)

    ReplyDelete
  2. che sue,ko ad slh eja dlm 2 perktaan..hehe..anyway,ak akn follow nvel ko ni..lme dh xbce novel ko..mona

    ReplyDelete
  3. wat pat ckit baby xsbo nk bce pasal edie....

    ReplyDelete
  4. che sue,cept2 la..xsbr nk bce smbgn die..bt org xsbr je..mona

    ReplyDelete
  5. thnk u seme ;DD
    hehe mona, dah 2x ko komen.. npk ketidaksabaran ko tuh ;P
    dlm mgu ni jgak aku publish part 2 okey? ;DD

    ReplyDelete
  6. orait babe..
    memg xsbr dh..rndu kt nvel ko la..
    nvel yg ko bt dlu ad ag x??hehe..copy la kt ak..ak nk bce r..mona

    ReplyDelete
  7. novel yg lame nak bg ko? memg xdpt laa ;PP
    novel lame maybe ak akn publish semula, ubah sket jalan citer n then pas novel Lizzie ni habes, publish novel2 tu.. okeh?

    ReplyDelete
  8. bkn bg kt ak la..copy la..huhu..
    xpe2..tp klu ak nk bli,ko kne bg murh r utk mbe2..hehe..

    ReplyDelete
  9. best....sgt2...
    cepat2 wat sambungan dia...

    ReplyDelete
  10. mijah - jual? amin.. mtak2 la leh smpai publish dlm novel kan. kalo dh dpt jual, ko aku bg free jek. promise ;D

    sambungan dia akan di-publish ASAP ;]

    ReplyDelete
  11. orait..jgn lpe utk ak free..huhu..
    ni yg xsbr ni..

    cept2 smbngn cte...hehe..

    ReplyDelete
  12. okai ;D
    promote kat kwn2 ko n suh follow taw ;PP

    ReplyDelete
  13. haiyooo!seronot benar rasenye bace novel amoi.talented upenye c.sue neh yeahh!!
    sile buat smbungan.terima kaseh! :)
    ~tot~

    ReplyDelete
  14. mule2 bce agk borng ckit.tp dh smpai part eddie x sbr nk bce lg.good work!

    ReplyDelete
  15. i like it..haha
    pndai ko eh..

    ReplyDelete
  16. shit ! how did u rite this !!!
    cant wait to read the next chap. !!!

    ReplyDelete
  17. aku follow aw...jgn lupe publish kat aku the next chapter... really can`t wait...

    ReplyDelete
  18. wow!what a interesting introduction!
    best stories!

    ReplyDelete

Gimme some Suegar!

Lagu (Boleh Pause) :D