Ciara masuk kelas awal hari ni, dia tak mahu masuk lambat dan orang akan tumpukan perhatian pada dia lagi bila nampak dia berjalan masuk kelas macam semalam.
Mr Collier masuk dan semua orang duduk di tempat masing-masing.
‘Ciara,I’m sorry for my mistake, but you’re actually in the wrong class.’
***
Zero sangat bosan, Miss Betty sedang mengajar di depan. Chuck sedang tidur dan Ben sangat focus belajar. Dia nak berangan, tapi dia dah kehabisan benda untuk berangan.
Dia pandang Ben di belakang dia, dan nampak satu tempat kosong.
A’ah kan? Sepatutnya ada pelajar baru yang masuk kelas dia semalam, tapi tak ada orang pun yang datang. Hm mungkin budak sekolah yang terbakar tu lagi, tapi mereka tak jadi datang belajar di sini, macam pelajar-pelajar yang sebelum ni. Semua tak jadi datang selepas datang daftar nama.
Siapa budak perempuan yang comel di Rose Square semalam? Zero kenal semua perempuan di sekolah tu, tapi yang semalam tu dia tak kenal pun. Tapi dia nampak macam familiar.
Mr Collier ketuk pintu dan Miss Betty pergi ke pintu dan bercakap dengan dia. Di belakang Mr Collier ada seorang budak perempuan yang pakai serba hitam. Dia nampak sangat rock.
Semua orang sedang tumpukan perhatian pada dia sekarang.
‘Dude check her out.’ Kata Zero pada Ben. Chuck masih lagi tidur.
‘I am checking her out.’ Jawab Ben tanpa alihkan pandangan daripada perempuan tu.
Mr Collier pergi dan Miss Betty masuk dengan perempuan rock tu.
‘Here is the new student that I told you yesterday.’ Kata Miss Betty dengan tak mesra langsung. Kebelakangan ni dia sudah tak mesra macam mula-mula dulu. Mungkin dah give up untuk berbaik-baik dengan pelajar kelas ni.
‘Hi I’m Ciara Matthew.’ Kata Ciara dan segera duduk ditempat duduk yang kosong di sebelah Ben; yang mana di belakang Zero juga.
Budak-budak lelaki mula pandang dia dengan kagum, sangat rock dan cool, kenalkan diri pun sekejap je.
Zero pusing belakang dan tunjuk sign rock guna jari dia sambil jelirkan lidah pada Ciara.
Ciara confuse, apa pula ni?
Zero pandang depan semula bila Ciara cuma diam, malu betul.
***
Ciara pergi ke locker dia selepas waktu lunch untuk pelajaran seterusnya.
‘Hey I’m Dorothy.’ Seorang perempuan yang comel berdiri di sebelah locker Ciara, dia menyandar. Dia pakai baju pink dan skirt pink dan kasut dan stoking panhang warna pink. Rambut dia blonde tapi cuma separuh. Separuh lagi di bahagian atas, warna coklat.
‘Oh,’ Ciara terkejut. ‘I’m Ciara.’
‘I know.’ Dorothy tarik Ciara dan pergi ke koridor yang lebih lengang.
‘I see you have a new friend.’ Kata Dorothy. Ciara assume yang Dorothy nampak dia lunch dengan Ginger tadi. Nampaknya semua orang perhatikan semua orang di sekolah ni.
‘Yes she’s Ginger, she is really nice.’ Kata Ciara dan senyum.
‘No she’s not!’ marah Dorothy.
Ciara tak faham.
‘What kind of friend brings friend to the cafeteria? She just want you to be fat. Like her.’
‘What.’
‘And she makes you wear this outfit, it looks ridiculous!’
‘Huh?’ Ciara tak faham lagi.
‘Don’t eat and and don’t ever wear this kinda clothes anymore, got it?’ Dorothy memerintah Ciara.
‘And don’t be friends with Ginger.’
‘But she’s my – ‘
‘No buts. Now you’re my friend, you have to listen to what I said.’ Kata Dorothy dengan tegas.
Oh my, Ciara sangat lemah dengan perkataan friend, dia memang sangat perlukan kawan sekarang ni.
‘Good, now, do you have anything pink?’ Tanya Dorothy.
‘I have a pink tee.’ Kata Ciara dengan janggal, kenapa Dorothy nak tahu pasal pakaian dia?
‘Good, wear that to school tomorrow. I have another pink skirt in my locker, you can borrow them.’
‘Why would I wear pink?’
‘Because it’s cute. And you know who likes cute?’ Tanya Dorothy dengan ceria sekali, dia mula senyum sekarang.
Ciara geleng kepala.
Dorothy buka mulut untuk jawab, kemudian tak jadi. Dia pusing belakang dengan panic.
‘Ohmigod I know this smell!.’
Smell? Ciara tak dapat bau apa-apa yang luarbiasa, kecuali perfume Dorothy yang menusuk hidung ni.
Dorothy betulkan rambut dan pakaian dia.
‘How do I look?’
‘You look great.’ Jawab Ciara dengan ikhlas.
Dorothy tersengih gembira.
Tiba-tiba Chuck muncul di hujung koridor tu dengan Ben. Mereka asyik berbual dengan gesture tangan dan badan dengan bersemangat sekali. Dorothy kaku, dia langsung tak berpaling pada Chuck yang berjalan di belakang dia ke arah mereka.
Ciara cuma perhatikan Chuck. Dan masih cuba cari apa yang mereka sangat sukakan pada Chuck
.
Chuck jalan melepasi mereka dan hilang di sebelah koridor sana.
‘Ohmigod I am such a wimp! I should just go there and say hi or something, but I never did. Every fricking time!’ Dorothy nampak sangat kecewa dengan diri dia. Dia macam nak menangis.
Oh god Chuck, if only you know what you’ve done to these girls.
***
Keesokan harinya, Ciara seorang diri di koridor di Rose Square. Seorang diri semula di waktu lunch.
Tadi Ginger dan Dorothy bergaduh. Rupanya mereka kawan baik sebelum ni, tapi bergaduh sebab Chuck. Sebab Ginger tak sukakan Dorothy yang terlalu takut untuk tunjukkan dia sukakan Chuck dan Dorothy tak suka Ginger nampak sangat desperate berpakaian seperti band yang Chuck suka untuk tarik perhatian Chuck. Mereka bertanding untuk tengok siapa yang dapat at least berborak dengan Chuck. Dan sampai sekarang mereka tak berjaya lagi.
Ciara tak tahu macam mana dia boleh termasuk dalam masalah mereka ni. Dia tersepit di tengah-tengah. Dia cuma nak buat kawan dan sekarang dia sudah cipta rekod baru. Mereka adalah kawan yang paling sekejap pernah dia ada.
Skirt pendek dan baby-t warna pink. Memang bukan diri Ciara. Tapi hari ni dia dah pakai untuk fit in dengan kawan dia. Semalam pakai macam orang berkabung dan hari ni pakai macam budak-budak.
Dan tengok tu, dia pakai kasut hitam Converse. Hm memang tak kena.
‘You look nice, what’s with the long face?’
Ciara dongak, oh lelaki yang peramah dan kawan baik Chuck tu.
Ciara senyum.
Zero lompat naik ke koridor tu dan duduk di sebelah Ciara. Zero datang dari Rose Square.
Buat seketika mereka tengok pemandangan di Rose Square tu.
‘So this is what it looks like from here.’ Kata Zero.
Nampak sangat dia tak pernah duduk di sini. Di tempat loser tanpa kawan duduk dan perhatikan semua orang lain yang sedang bergembira.
‘Where are your friends? I thought I saw them with you just now’ Tanya Zero, dia pandang Ciara di sebelah dia. Penuh concern.
Orang pertama yang layan dan pandang dia macam ni di sekolah ni, fikir Ciara.
‘Not my friends anymore.’ Kata Ciara dengan muram. Tapi dia dongak dan cuba senyum untuk Zero.
Zero pandang Ciara lama, ‘Sorry.’
Ciara pun tak tahu macam mana dia boleh rasa macam ni. Dia ingat dia tak kisah ada kawan atau tak di tempat baru ni, tapi sebenarnya dia memang perlukan kawan, lebih-lebih lagi di tempat yang dia tak biasa macam ni.
Keadaan sunyi antara mereka berdua. Rose Square masih lagi bising dengan muzik.
Zero akhirnya toleh dan pandang Ciara. Tengok muka Ciara yang muram.
‘Hey, cheer up!’ kata Zero dan lompat turun.
Ah, Zero dah nak pergi ke?
Zero hulurkan tangan dia pada Ciara.
Tanpa berfikir, Ciara ambil tangan Zero dan lompat turun juga.
‘Where are we going?’ Tanya Ciara. Zero teruskan berjalan, tak jawab soalan Ciara.
Mereka berjalan melepasi sekumpulan budak yang sedang dance, dan budak-budak yang main alat muzik. Ciara nampak banyak mata yang perhatikan dia dan Zero sekarang.
Kemudian mereka sampai, Zero berhenti di tempat kawan-kawan dia berada.
‘Look what I got here,’ kata Zero pada mereka dengan ceria sekali.
‘A friend.’ Sambung Zero.
Ciara pandang Zero, a FRIEND? Mata Ciara bersinar.


better story that ur last. tp ramai sgt budak2 bajet poyo la hahahaaa
ReplyDelete